Saturday, January 9, 2010

Lelaki pertama di Poland buat Face Off


Kalau dulu kita cuma dapat tengok didalam filem lakonan Nicholas Cage dan John Travolta berkenaan kedua-dua watak ini bertukar wajah (face off), tetapi apa yang berlaku kepada Grzegorz dari Poland adalah satu yang benar didalam alam realiti.

Grzegorz, 33 tahun berasal dari Warsaw, Poland terlibat dalam satu kemalangan di kilang batu-bata tempat dia bekerja. Kemalangan yang berlaku lebih kurang 3 bulan yang lalu mengakibatkan lebih 50% wajahnya hancur, dia kehilangan hidung, rahang atas dan keseluruhan dagu dalam kejadian tersebut.

Dengan bantuan sekumpulan doktor pakar dari Pusat Kanser dan Institut Oncolgy di Gliwice, proses pembedahan muka (face transplant) terhadap Grzegorz dilakukan dan hanya dalam masa 11 minggu dia pulih dari pembedahan. Ini adalah pemulihan yang paling pantas didunia untuk skala pembedahan yang besar seperti ini.

Dia kini semakin pulih, boleh bernafas, melihat, makan, merasa dan bercakap - kadang kala percakapannya agak kurang jelas kerana otot-otot pada wajahnya agak kaku dan perlukan lebih banyak pergerakkan melalui latihan dan terapi dengan lebih lanjut.

Selepas ini, Grzegorz akan melalui satu lagi siri pembedahan pada kelopak mata kanannya yang kini masih kaku. Sebelum itu, dia mesti pulih sepenuhnya dari pembedahan yang pertama ini.

Pembedahan pemindahan wajahnya mengambil masa lebih 27 jam dengan kos USD70,000 (tidak termasuk caj yang dibayar untuk pakar bedah) dan ditanggung sepenuhnya oleh Poland National Health Service.

Kata Grzegorz, "Saya tidak merasa sakit dan saya juga tidak merasa yang saya kehilangan wajah saya."

Monday, January 4, 2010

"JACKIE CHAN" Jual Ikan kat pasar - Apa Citerr?

Korang percaya tak kalau korang nampak Jackie Chan aktor antarabangsa yang top ni duk jual ikan kat pasar? Cuba tengok photo ni betul-betul tanpa kelipkan mata.

Ada percaya? Nampak memang macam Jackie Chan, tapi sebenarnya bukan. Beliau merupakan klon atau seorang yang mempunyai wajah seiras milik bintang filem yang terkenal itu.


Lelaki dalam gambar ini sebenarnya ialah Zhang Sui Xing, 48 seorang perniaga ikan di Empress Road di Singapura. Beliau ni dah berniaga lebih dari 20 tahun dan sangat popular di pasar ini. Dilahirkan dengan wajah mirip Jackie Chan, tidak hairanlah ramai yang akan terkeliru dengannya malah ada juga yang meminta tandatangan dan bergambar.

"Perniagaan saya sangat bagus, ramai pelanggan memanggil saya Chen Long' (nama Cina untuk Jackie). Mereka juga memperkenalkan rakan-rakan mereka yang lain untuk membeli ikan-ikan saya", katanya.

Zhang tidak pernah bertemu dengan Jackie Chan sepanjang hidupnya tetapi sudah menonton kesemua filem pelakon tersebut.

Tambahnya lagi, "Ramai orang kata muka saya seiras Jackie Chan walaupun pada masa itu saya baru berumur 20 tahun. Bila saya kata saya bukan Jackie, mereka akan tanya lagi sama ada saya ni adik dia.."

Zhang juga pernah berlakon sebagai watak "Jackie Chan" dalam filem I Not Stupid pada tahun 2002 dibawah arahan Jack Neo.

Sumber: Daily Chilli | Feb 6, 20120