Friday, November 1, 2013

makan pisang kembar, dapat anak kembar.

Dulu, masa kecik-kecik, sebelom aku masuk tadika, ayah aku dah hantar aku belajar mengaji dengan seorang guru ugama kat kampong aku. Kami panggil beliau Long Teh. Beliau dah lama meninggal. Tapi, Alhamdulillah, aku sempat khatam dengan Allahyarhamah sebelum beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Dulu, beliau memang garang. So, far, denda yang paling keras aku pernah kena dari beliau la. orang dulu-dulu, mengajar dengan rotan, baru anak murid paham.

Yang bestnya masa tuh, kadang-kadang, ada orang kampong yang sedekah makanan kat kami. Bila semua dah “bertalaqi” dengan Long Teh, ada saja jamuan kecil. Mungkin orang-orang kampong rasa lebih berkat sedekah kat orang yang belajar mengaji.

Kadang-kadang, pulut kuning. Kadang-kadang, bihun goreng. Tapi, yang paling popular, buah pisang.


Satu hari, masa ada orang bagi buah pisang, kami terkejut sebab dalam tu, ada pisang kembar. Lantas, Long Teh kata, “sapa yang nak anak kembar, makan la pisang tu.”

Beberapa hari selepas tu, kebetulan, masa kat sekolah rendah, masa aku ambik makanan RMT (Rancangan Makanan Tambahan), tiba-tiba, aku dapat pisang kembar.

So, dengan bangganya, aku cerita la kat kawan-kawan sekolah rendah aku tu, ‘kalau makan pisang kembar, nanti boleh dapat anak kembar’. Tapi, kebetulan jugak, cikgu aku yang baru je kahwin, terdengar perbualan aku tu.

Cikgu azwan : Faiz, mana kamu tau kalau makan pisang kembar nanti boleh dapat anak kembar?”

Aku : cikgu yang ajaq saya mengaji yang bagitau, cikgu.

Cikgu azwan : owh.. pisang tu, kamu bagi kat saya boleh?

Aku : nah, ambik la cikgu...

Sumber : Pening-Pala.blogsport

No comments:

Post a Comment