Friday, November 15, 2013

Wanita minum ubat kurap tidak tahan didera suami


Kuala Lumpur: Tidak tahan berterusan didera suami, seorang wanita minum cecair ubat kurap dalam cubaannya membunuh diri kelmarin, beberapa jam selepas dia dibelasah suaminya akibat perselisihan faham di rumah mereka di Jalan Sungai Besi, di sini.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 pagi itu, suri rumah berusia 36 tahun itu terselamat kerana ditemui suaminya pengsan dalam bilik hampir dua jam kemudian dan segera menghantarnya ke hospital.


Sumber polis berkata, ketika kejadian mangsa berseorangan di rumah, kerana suaminya keluar beberapa jam sebelum itu selepas membelasah wanita malang berkenaan.

“Mangsa yang tertekan selepas dibelasah suaminya itu, meminum cecair ubat kurap dan pengsan dalam bilik.


“Suaminya yang pulang ke rumah kira-kira jam 12.10 pagi itu nampak mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan menghantar wanita itu ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan kecemasan,” katanya.


Menurutnya, mangsa yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) itu disahkan stabil selepas 24 jam dan selepas disoal siasat doktor yang merawatnya, dia mengaku minum cecair ubat kurap untuk membunuh diri akibat tidak tahan didera suami.

Doktor yang merawat mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Cheras untuk tindakan lanjut.

Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment